Dugaan

Insan jarang perasan yang kebahagiaan, kekayaan atau cinta itu satu dugaan tetapi sering menerima satu kesedihan, kejatuhan atau kemiskinan itu sebagai dugaan tuhan.

Kadang-kadang kita perlu bersyukur Allah beri peringatan dengan dugaan kesusahan. Dengan dugaan ini kita sekurang-kurangnya diberi peluang kerana lumrahnya dengan dugaan kesusahan kita lebih mendekati dan mengingati-Nya.

Bayangkan kalau kita diduga dengan kekayaan? Bukan lumrah untuk kita sedar ini sebagai ujian Allah. Ego mungkin memakan diri. Lalai dan hanyut dibawa arus. Ya bukan semua.

Tetapi adakah Allah akan sentiasa beri kita peluang mendekati Dia? Jangan tunggu hinga di sedarkan. Istiqamah lebih baik.

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. :)

Tiada ulasan: